Quantcast
Channel: Zaza Abdul Latif
Viewing all 581 articles
Browse latest View live
↧

Transport πŸš™ Van Sewa Thai Malaysia - Dari Padang Besar Ke Hatyai 2019

$
0
0
Firstly.... apa yang i boleh katakan... Trusted!! Highly recommended!!hambek! siap highlight kat situ πŸ˜ƒ

Kalau korang nak pergi Hatyai, nak cari van sewa Malaysia - Thailand, boleh guna sevice Abang Rimba ni. I'll not recommend kalau benda tak bagus. Tak suka nak tipu reader atau pengaruh reader dengan benda yang tak soheh dengan ayat-ayat janji manismu... hahaha. Jujur akak cakap... kalau benda tak baek, akak tak recommend. Kalau benda baek macam ni, memang akak war war kan seluruh alam... hagichew kata akak! hahahaha.

I dapat contact number Abang Rimba ni hasil dari Google je. Ada a few jugak yang i try tanya-tanya.. tapi rasa macam tak berkenan dihati dengan package yang ditawarkan.

Kenapa i pilih yang ini? sebab Abang Rimba ni senang nak bawak bincang. Senang bercommunicate sebab dia cakap utaghra bukan bahasa siam. Nasib dia cakap utaghra.. kalau dia cakap siam... mampuih tak paham LOL.

Lepas tu dia akan pastikan dah nak dekat-dekat date kitorang tu dia akan call to make sure kitorang tak tercari-cari van masa sampai sana.

Jom tengok gambar-gambar dari WhatsApp yang Abang Rimba hantar kat i masa awal-awal i tanya quotation kat dia.




Gambar-gambar yang dia sent exactly sama macam van yang bawak kitorang ke Hatyai haritu. Tidaklah orang kata indah khabar dari rupa. Begini lah yang kita mahu! Wah dah macam berkempen pulak Kak Zaza kat sini... hahahaha

Lepas dia dah sent gambar-gambar transport, dia terus bagi pre-quotation sekali. Biar senang customer dia nak buat timbang tara.

Pre-quote
Abang Rimba bagi masa mula-mula WhatsApp dia haritu. Boleh refer kat bawah ni.Β 

Van Rental + Driver + Documentation for Tour Hatyai & Songkla 2D1N

Pick up/Drop of: KTM Padang Besar, Perlis.

Price: 7,800 Thai Baht

Price include of ‡

🚐 Van rental + driver

β›½ Fuel

πŸ“„ Travel and life insurance (COMPULSORY)

πŸ“„Border management (arrival/departure card, passenger list and tipping)

Abang Aris yang Sporting
Dari kat atas tadi i asek dok sebut nama Abang Rimba je kan? sebenarnya deal pasal van ni memang i deal directly dengan Abang Rimba. Tapi masa kat sana, bukan Abang Rimba yang bawak kitorang. Dia ada hal date yang kitorang datang tu. So yang bawak kitorang haritu.... Abang Aris. baik, peramah macam Abang Rimba jugak.


Itu dia Abang Aris yang dipertanggungjawabkan untuk bawak kitorang ronda-ronda sekila Songhkla & Hatyai.. Sporting, baik, layan je perangai kitorang πŸ˜…πŸ˜… Thank you Abang Aris.

Urusan Immigration di Padang Besar & Life InsuranceΒ 
Semua hal kemasukan Abang Rimba akan settlekan. Kecuali chop passport dekat immigration counter. Tu korang kena buat sendiri.. Sebab kat immigration tu nanti kena ambik gambar. Kalau suruh Abang Rimba buat nanti takkan nak ambik gambar muka Abang Rimba pulak kennnn πŸ˜‚ So jangan pulak nak buat-buat terkejut dengan harga yang Abang Rimba quote tu ye. Harga tu juga termasuk dengan harga life insurance sekali. Korang tak payah pening pening nak fikir dah. Semua ditanggung beres πŸ˜‰ Kad putih tu pun dia akan tolong isikan.

Deposit Untuk Lock Date & Van
Haritu lepas communicate dengan abang Rimba trough WhatsAapp & deal itu ini... dia mintak i bank-in dulu RM200 untuk lock van & date. RM200 ni refundable ya. Sebelum kitorang sampai sana & belum lagi bayar Tbh7800 tu, dia pulangkan semula deposit RM200 kat i.Β Invoice pun dia issue sekali pastu dia WhatsApp je kat i..Β  sekali dengan payment slip refund yang RM200. See!! professional kan service dia.. kita pun rasa secure dengan booking kita.

Dalam van ada WiFi ke? Jawapannya ADA!! Korang boleh guna WiFi dalam van tu anytime je. Nanti Aris bagi kau password WiFi. Kalau orang lain ada yang siap sedia beli simcard Thai yang unlimited tu, kitorang pulak sepanjang kat sana tak tak beli simcard langsung. Mula-mula macam korang gak la.. konon takut nanti hidup tanpa internet apa alah erti kehidupan kennn... hahaha. Tapi dengan WiFI yang ada dari dalam van tu, hidup kau akan penuh ceria sepanjang berada disana.. muahahaha. Jangan risau juga kalau kita dah keluar dari van.. sebab Abang Aris akan bagi modem dekat i. I akan masuk dalam bag. Sambil berjalan dengan diorang tu, diorang pun automatically akan dapat jugak lah internet. Hebat kan??? Tak sia-sia pilih Abang Rimba 😍

Yang baguihnya lagi abang Rimba ni, 2 hari sebelum kami mai sana, dia call i siap-siap... Siap cakap "Zaza jangan risau noh... kami akan tunggu kat sana nantiΒ detail van ka apa ka semua nanti saya akan bagitau kat WhatsApp" punya baguih dia ni!

So korang kalau korang nak pergi Hatyai, tercari-cari transport yang trusted, harga yang berpatutan, boleh cari Abang Rimba ni.



Dah baca? suka dengan service Abang Rimba? yes, i pun suka. Boleh contact Abang Rimba Mansur. He is very friendly.

Image result for ps mansur

Ya! Nama abang tu Rimba Mansur bukan PS Mansur yang melatah kena tembak sampai mati tu! muahahaha.


Boleh contact Abang Rimba. Sebut je nama Zaza.. InshaAllah tak dapat discount... hahahahahaha
↧

Cuti CNY 2019 #EntryTakAdaMotif

$
0
0
Semalam baru habis entries Hatyai Trip dengan kengkawan. Trip ke Hatyai yang tahun lepas i pergi dengan family i pun i tak habis lagi cerita dalam blog ni πŸ˜… Sementara nak refresh balik cerita Hatyai tahun lepas, i up je lah entry tertangguh yang dok ada dalam draft dulu ye πŸ™ˆ

Tahun ni punya CNY cuti agak panjang. Kerja dengan company chinese kalau tiba time raya diorang memang tutup opis lama.

Office Closure..
➜ 4 Feb company bagi cuti free.
➜ 5 Feb (Tuesday) & 6 Feb (Wednesday) cuti Public Holiday, CNY.
➜ 7 Feb & 8 Feb staff compulsory kena apply cuti sebab nak cukupkan opis tutup seminggu straight.
➜ 11 Feb (Monday). Consume back to kerja.

Tak lama lagi rasanya dua bulan lagi kot kita nak sambut CNY 2020 pulak. Saja tulis katΒ  kat sini supaya tahun depan I boleh ingat berapa hari & hari apa office I close for CNY πŸ˜›

Actually ada lagi cerita sebalik cuti CNY 2019. Tapi sebabkan entry i dah terperap dekat setahun dekat dalam draft tu, so i malas nak sambung.. hahaha.

Kbai. Nak siapkan entry tertangguh yang lain pulak πŸ™Š

↧
↧

Mooncake Festival 2019

$
0
0
Tahun ni punya sambutan mooncake jatuh pada tanggal 13 September. Belum sampai date tu lagi I dah siap-siap prepare few choice of mooncake untuk bagi boss I choose.

Entry ni I bukan nak cerita pasal mooncake festival... tak reti nak cerita pasal tu. Actually, ni tahun kedua I order mooncake untuk client my Boss. Kira macam dah jadi tradisi la untuk client my Boss dapat mooncake complimentary dari dia. Kenapa baru 2 tahun? Sebab I baru je kerja kat company tu nak masuk 2 tahun πŸ€­πŸ˜…

Nice box design

Kaunter moon cake at main entrance lower ground floor

The Price


Sample

Me & Fieza.

Macam last year, order online je. Submit order apa flavour yang kita nak.. then dalam tigapat hari pergi collect kat Shangri-La. Sama juga kekdahnya untuk this year. Cuma last year punya cerita I tak blog kan dalamΒ ni.


Actually kalau order mooncake from hotel, diorang akan charge delivery mengikut kawasan RM50 KL/Selangor, RM80+ out of KL/Selangor. I pergi kutip sendiri je kat Shang 29 August haritu.
↧

Birthday 🎁 Danish 2019 @ Regalia Suites, Kuala Lumpur

$
0
0
Anak tak ramai.. so, kita sebagai makbapak ni paham apa isi hati anak zaman sekarang.. cewahhhhh dah kata anak tak ramai tapi feeling macam pandai sangat jadi mak yang berguna.. hahahaha.

7 April 2004 date Birthday Danish.. i pakat-pakat dengan bapak dia.. i was plan nak book hotel.. memandangkan yang si Khairine sibuk ajak book hotel yang ada infinity pool konon nak feeling ambik gambar dengan sunset la, KLCC view la apa la.

I pick date sebelum his birth-date. Birthday Surprise for Danish & Dream Come True for Khairine. Fair kan? As a parents yang memahami kehendak anak-anak.. gicheww memahami sangat!!Β 

Book sehari awal dari date birthday Danish. Masa hari kejadian nak otw to hotel, budak-budak ni langsung tak tau kemana kiblat MummyBabah diorang nak bawak. Maklonglah.. surpise kennnΒ bak kata Si Nopal..Β sisireprissssssss πŸ˜‚Β 

Bila dah sampai area Rigelia tu Khairine cakap "macam tau je nak pergi mana ni" i be like buat mata keatas hahaha. Baru lah diorang tau kemana sebenarnya hala tuju yang MummyBabah diorang nak bawak diorang bercuti sebenarnya.. Walaupun bercuti dalam Kolumpor je.Β 


Our view from 30th floor, Regalia Suites, Kuala Lumpur. Original picture no filter.

Our suite

Lepas check-in, lepak dalam bilik kejap. Petang sikit baru keluar cari makan. Macam-macam tempat terfikir nak pergi.. hujung-hujung pergi shopping mall sebelah hotel je.. which is Sunway Putra Mall. NJ cakap jom kita jalan kaki je lah.. dekat. Dengar kata ajak jalan kaki terus lemah lutut hahaha. That time pulak hujan baru turun.. nasib baik ada alasan tak kena jalan kaki.. akhirnya naik kereta jugak.. hahaha.

Tak ambik gambar pun masa kat Sunway Putra.



Balik ke hotel semula. Rest kejap sementara menanti malam sebab nak bergambar dekat infinity pool.

#KhanishAhmadNizam

#NJ2424Family

Night view from our suite

Kalau dah bercuti dalam KL jugak.. Mana je boleh pergi kann. Dah tempat sendiri. So malam tu kitorang naik ke infinity pool sekali lagi untuk ambik gambar mode malam pulak πŸ€—








Actually memang dah plan. Khairine volunteer nak sponsor brownies untuk birthday cake Danish. Mummy pulak belanja beli barang-barang birthday. Malam tu lepas dah ambik gambar dekat infinity pool, tepat je pukul 12am, kitorang nak surprise kan Danish dalam bilik hotel.

YES! Memey surprise 😱😱😱

15 minit lagi nak menjelang 12 tengah malam, I, NJΒ & khairine dah komplot suruh Khairine layan Danish duduk dalam bilik main handphone jangan keluar sampai Mummy & Babah hint suruh keluar.


Cake preparation





12:00 mid night.

Video surprise.

Maka potong lah brownies tu & bergambar kami anak beranak dalam bilik hotel.

Second day a.m view from our suite

Esoknya check-out. By afternoon sampai kitorang dah PICC, Putrajaya. NJ dah siap beli food voucher dekat Fave.

Gambar masa lunch tak ada.


Sekian cerita tertangguh harini. 😊
↧

Hatyai 2018 - Khlong-Hae Floating Market

$
0
0
Entry ni tak ada kena mengena dengan Entry Hatyai yang baru-baru ni i pergi dengan kawan-kawan i tau.. ni entry i pergi Hatyai road trip dengan family i December tahun lepas.

Ok, mari bercerita.

Day 2 - Wow dah dekat setahun entry ni tersimpan dalam draft πŸ™ˆ rasanya dah 9 bulan kot (draft yang pertama) Kalau ada mak mak yang mengandung tu dah tunggu hari je nak terberanak dahπŸ˜… Now dah bulan 11. Anak yang lahir tu dah masuk usia 2 bulan pun hahaha. Now baru nak sambung balik cerita draft yang dari tertangguh tahun lepas hehe.

Pagi tu keluar dari Anytime @ 24 Resort dalam pukul 10+ macam tu. Uncle i terus bawak pergi Floating Market. Datang Hatyai kalau tak pergi tempat ni memang tak sah. Tempat yang wajib kena pergi... Tempat yang tak ada kat Malaysia and paling excited nak merasa membeli belah dari atas sampan πŸ›’

Welcome to Klonghae Floating Market 🀩

Aku nyampah ambik gambar posing cangkung cangkung. Dah macam indon tunggu tongkang tepi pantai je πŸ˜… tapi ni terpaksa je kalau berdiri tak nampak pulak tulisan kat belakang tu.


Sebelum sampai ke sampan yang floating tu, kena melalui sini dulu.. Sebab dalam ni banyak jugak jual makanan. Mostly makanan & minuman yang diorang jual sama je macam kat dalam ni. Kecuali barangan runcit je tak ada kat sampan floating tu.

Barangan runcit macam ni tak ada dijual kat atas sampan


One of the most popular makanan di Thai. Pulut Mangga 40Baht




Macam tu lah serba sikit yang ada dalam kedai yang sebelum ke tempat sampan terapung tu.

Ok jom i tunjuk gambar lain pulak.Β 

Ewah! Amboi kemain dua orang ni.. Anak mana anak? 🀭 🀣 

Ada niha πŸ€­πŸ˜‚

#NJ2424Family

#NJ2424Family


View dari atas. Terlalu ramai sangat orang masa ni. Nak beli pun tak selesa.

Jom tengok view kat bawah pulak.. macam mana urusan jual beli kat floating market yang orang suka nau nau datang sini & enjoy bershopping hehe.











Burung goreng digoreng dengan kepala sekali.. i tengok dia jual macam ni siap dengan kepala.. terus telan-telan ailio *glupppp* πŸ˜„


Thai Sushi. Comel je dia jual yang version kecik sekali ngap je.

Khairine

Ok done jalan-jalan di Khlong-Hae Floating Market. Meriah betul kat sini.
↧
↧

Renew Driving License

$
0
0
Salam December uolls!

Patutnya semalam nak buat entry ni. Dah berfikir-fikir dah apa nak tulis. Kononnya cerita ni hot lagi lah semalam. So harini patutnya ada entry lain yang i nak share. Kalut-kalut terus lupa.

Ceritanya... semalam. I pergi UTC Keramat nak renew lesen kereta. Dari lepas birth-date i October haritu sampai hari semalam, baru kesempatan nak pergi renew. Bukan apa... i ni lupa nok! Kalau weekdays memang selalu tak akan sempat lah nak pergi. Weekend pulak, kalau tak ada training/tournament bola Danish, lagi lah i tak ada akan pergi renew. Tak sempat.


Nak dijadikan cerita.. dah lah terlambat renew (lebih kurang 1 bulan lebih). Dah keluar rumah, dah sampai UTC Keramat baru sedar yang i tak bawak lesen lama & IC. Common sense kan benda-benda penting macam tu kena bawak. Tapi i tak bawak pulak semalam. Terus berderau darah dalam badan hahaha. Selama ni bukan kata i tak bawak handbag. Tapi sebabkan semalam kononnya dah plan well sangat Lepas renew lesen, nak pergi pasar beli barang basah then lepas tu santai-santai brunch then lepas tu nak balik.

Kau rasa???? apa jadi?


Tak jadi masalah pun nyah! Nasib baik i bijok. Kalau i tak bijok semalam, lepas sedar IC & lesen lama tak bawak.. mesti i dah blah dari UTC hahaha. terus i ke kaunter JPJ tanya dulu. "bang saya tak bawak IC & lesen lama lah.. boleh ke kalau nak renew?" Abang JPJ kata "YA BOLEH" hoiii lega rasa dada bila dengar. Rasa puas dengan jawapan dia macam baru lepas berak batu! hahahaha.

Conclusion: Kalau korang nak renew lesen kereta, tapi tak bawa IC & lesen lama atau apa-apa kad pengenalan diri lain, korang still boleh renew lesen kereta ya! yang penting, korang jangan lupa bawak duit. Tu penting!
↧

Semoga Ada Jalan Buatmu Anakku

$
0
0
Walaupun belum tentu lagi dapat masuk MRSM, i tetap nak tanamkan jugak kenangan perjalanan permohonan masuk ke MRSM untuk Khairine kat sini.

Dapat SMS dari Mara hari Sabtu lepas, 30 November. I be like hah??? why so sudden???? dapat msg hari Sabtu, Isnin dah nak kena pergi?! dah lah last week hari Selasa (26 November)Β  i baru je MC sebab demam. Balik je dari MC tu jugak baru apply cuti untuk date doplas doplas sebab nak pergi teman Khairine ambik result PT3 kat sekolah. Oh sebelum tu.. why so SUDDEN jugak Friday lepas (29 November) cikgu kelas WhatsApp kat group kata date result PT3 di tunda pada 19 December. Dah kena tukar date cuti yang i apply tu dari doplas doplas, ke simbilanblas doplas πŸ˜„πŸ˜„

26 November = MC, Demam
2 December = Dpt msg suruh bawak anak pergi ujian UKKM di MRSM KKB
19 December = Nak teman anak kat sekolah ambik result PT3

Nampak? semua datang bertubi tubi. Macam mana nak apply cuti?!

Gambar kenangan depan sign MRSM.

Alhamdulillah.. urusan harini sangat-sangat dipermudahkan. Lepas dapat je msg dari Mara haritu, i terus mintak tolong kakak i tolong hantarkan Khairine ke MRSM KKB.


Ingat lagi haritu duduk depan laptop sama-sama dengan Khairine. Dia cakap dia nak apply MRSM. i sit-downΒ degan dia study dulu sebelum buat online application courseΒ apa dia nak ambik, location mana. Location ye memang ko boleh pilih.. tapi tak semua course yang kau pilih tu ada kat location yang kau nak. So kitorang bincang sama-sama. Do some research.


Dalam pada tu ada la drama drama yang mak create sebelum anak sampai sana pagi tadi.. haha. Eh! serious weh.. memang sedih giler! sedih tak dapat bawak dia harini kesana.. hishhhh sambil menaip pun dah bertakung airmata.. nyampah lah.. tisu mana tisu??? 😭😭😭😭


I cakap kat dia... ambik lah gambar banyak-banyak.. biar mami terasa feel yang mami ada kat sana dengan Khairine.. hehehe..


I berharap, kalau ada rezeki Khairine untuk ke MRSM nanti, i bersyukur sangat. Alhamdulillah. Mak mana yang tak nak tengok anak berjaya kannnn.

All the best Khairine πŸ’—
↧

d'Timer Cafe, Wangsa Maju

$
0
0
Lepas settled renew driving license& pergi pasar.. i was decided to brunch kat d'Timers Cafe. Tah kenapa lepas baik dari demam ni teringin nau nau nak makan laksa johor. Asal nampak laksa johor terus telan-telan ailio dibuatnya.

Tempat ni recommended by Ayu. Mulanya sebab cerita pasal lontong kering. Ayu cakap kat kedai ni ada jual lontong kering. Tak tau lah korang pernah tau ke tak pasal lontong kering. Selama ni setahu i lontong is lontong lah. Lontong yang berkuah tu.. yang kaler kuning. Pastu i google la tengok.. ooooo memang ada rupanya lontong kering. First time in my life tau lontong ada yang jenis kering πŸ™†

Tapi masa sampai kedai tu, i tak order pun lontong kering. Sebab teringin sangat kat laksa johor.. tu yang order laksa johor.

Laksa Johor

Khairine pilih nasi briyani lauk ayam masak merah

our foodies


For dessert, Khairine pilih brownies. i cakap kat dia "ayooo why so command? kan ada few choice lagi dalam chiller tu.. kenapa brownies ni?" she said she's not berkenaan dengan kek lain-lain tu.. sebab katanya dah biasa makan sangat. amboii!


RV with nutella ada, pavlova ada, burnt cheesecake ada, choc ferrero pun ada. Silap i jugak.. i yang suruh dia pilih dessert apa yang dia nak hahaha. Kalau ikut tekak mak ni, semua yang ada dalam chiller tu mak nak πŸ˜„πŸ˜„



Masa i sampai haritu quite awal jugak.. rasanya dalam pukul 11am macam tu. Masuk-masuk je full house ya! nasib ada seat for two depan pintu.. laju-laju i dengan Khairine duduk.





The menu. Baru perasan, lepas snap snap gambar menu ni.. tengok balik laaaa kenapa semua gambar senget?? hahaha lantak la situ. janji boleh nampak πŸ˜…πŸ˜…


Kalau korang nak try makan makanan Johor, boleh try datang kedai ni.

Address:
11-G, Blok B, Plaza Wangsa Maju,Β 
Jalan Maju Ria 2, Seksyen 10,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur

Open daily : 10am - 10pm
Tel:Β 03-4141 5312
↧

Payment Method Parking di Berjaya Times Square

$
0
0
Wah macam nak buat review pasal parking pulak kennn LOL.

Tak. Actually i just nak share new experience je. Ahad lepas i pergi Berjaya Times Square [BTS] Rasanya tak la lama sangat i tak pergi ke BTS sebenarnya. Last, was last month kot.. macam tu lah.Β 

But now i bukan nak cerita pasal i dah lama ke dah tak lama pergi BTS πŸ˜… entry ni i nak cerita pasal new payment method parking kat BTS.

Selalu kalau i masuk parking, i park dekat bawah.. which is masuk dari yang depan 4Fingers tu. Turun bawah then nanti ambik ticket parking.

Ahad tu masa i pergi, i tengok kemain panjang kereta queue.. tak pernah pernah panjang berjela start dari tempat jockey sampai ke tempat ambik ticket tu. Macam pelik jugak.

Sampai my turn pulak. I pun salah sorang punca penyebab orang belakang jadi jammed... hahaha.Β 

You know what? start December 2019 dah tak pakai ticket dah. BTS parking dah fully pakai Touch & Go atau Debit/Credit Card je. That day yang mana tak tahu lagi BTS parking dah tak pakai card, kelam kabut lah cari T&G Card atau Debit/Credit Card. Tu yang buat jammed tu.

So kat sini i nak tunjuk how they deduct my money. Sebab haritu baki Touch & Go i tak cukup (penyebab buat jammed kat belakang.. hahaha). Kelam kabut cari purse keluarkan bank card nak touch.


Mula-mula terkejut badak tengok kenapa deduction ☝ sampai RM15 😱 I tried to find out. Call BTS parking department, then diorang explain...

Rupanya kekdah deduction ni sama macam ko pergi isi minyak pakai debit card. Deduction RM200 instead of amount yang you isi tu.. contoh: RM50 they will not deduct from the fuel yang u isi tu. deduction is: RM200. After few days (depend on bank apa yang u guna) diorang akan refund balik duit yang dia deduct tu.. which is RM200 tu, refundable.

Tak faham? tengok gambar bawah ni pulak ⬇


SALE DEBIT RM3.50Β tu parking fee i. They only refund my money 3 days after that which is on 18 Dec [harini lah]Β REFUND SALE RM15.

So, korang lepas ni kalau nak masuk BTS, make sure Touch & Go Card cukup amount ya. At least kena ada RM20 dalam card tu baru korang boleh lepas masuk. Other method, korang boleh pakai Credit/Debit Card and make sure jugak ada duit dalam bank ya hehehehe.

Kalau still tak faham apa yang i explain kat sini, korang boleh call BTS parking department: 03-2117 3114

Kbai πŸ™‹
↧
↧

Tak Ada Mood Fikir Result PT3 Esok

$
0
0
Dear Khairine, actually Mommy pun nervous pikirkan result PT3 keluar hahaha. Sama jugak getaran masa Khairine nak ambik result UPSR 3 tahun dulu. Dalam pada nervous tulis ni, Mommy saja buat ada gelak-gelak sikit dalam tulisan ni πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ poyo betul Mommy ko!

Dunno how to describe. Apa yang i tau, i memang nervous. Apatah lagi si calon PT3 yang nak ambik result esok kennn. Mesti korang lagi teruk bergetar dari Auntie kennnn.. hahaha.

Calon PT3 yang bakal ambik result esok hikhik πŸ˜›

Banyak betul kesalahan tatabahasa dia dalam WhatsApp ni... hahaha

Tadi masa buat kerja, tiba-tiba Khairine WhatsApp i. Terus be like 😱 Ya Allah.. kau dah kenapa anak?? kenapa buat ayat panjang-panjang sedih-sedih sangat ni?? Mommy is kennot you know.. nanti mula lah berkaca-kaca bijik mata ni 😩


Pastu tanya dia dah settlekan ke baju-baju nak basuh kat rumah tu... jawapan dia TAK ADA MOOD... Ayoooo!! Mak tak tau nak reply apa dah πŸ˜…

To all PT3 candidate, good luck for tomorrow. Tak kisah je apa result yang uoll bawak balik nanti tunjuk kat parents... Auntie percaya uoll dah berusaha sehabis baik dah.Β 

Those yang apply masuk MRSM, kita sama-sama tunggu result tahun depan. Congrats in advance from Auntie kalau korang dapat masuk MRSM nanti ya πŸ’“
↧

Mee Goreng Pedas... Kopi Manshor

$
0
0
Entah apa apa tah tajuk atas tu.. macam tak match je πŸ˜… Alaaa.. tajuk drama kat tv tu kadang i tengok ada je lagi ngarut πŸ™ŠπŸ˜†

Entry ni pendek je.. tapi sebab nak panjangkan cerita, i mulakan cerita niΒ dariΒ hari Sabtu tengahari ok.. hehehe.

Sabtu haritu tak masak. Sebab awal-awal pagi sesuboh sepi'e i dah sampai Citta Mall merebutkan Sometime by Asian Designer punya Reject Sale. Settled kat Citta Mall, i terus keΒ Pasar TTDIΒ beli bahan-bahan cili, bawang, halia, kunyit blended untuk stock masak. Settled kat Pasar tu, singgah brunch pulak keΒ The Bread ShopΒ balik dari merambu dah kepenatan. Sebelum sampai rumah, tanya NJ nak makan apa-apa ke? dia cakap tak nak. Sampai je rumah, i terus ZzZzzZZZ.

Petang terjaga dari tidur, dok fikir nak masak apa untuk dinner. Pastu terus teringat ada mee sebungkus dalam fridge. Berlari i ke dapur nak goreng mee kononnya. Nasib bahan semua cukup. So mari kita menggoreng.

Tung tang tung tang kat dapur, dalam 15 minit siap mee goreng. Moh makan!

Dah duduk kat meja makan, lepas baca doa makan, tengah tengah makan, sekali dengar orang sebelah i (NJ) tarik-tarik hingus.Β OMG! what happened to my laki?Β Pastu dia cakap "fuhh berpeluh-peluh i"nak cakap tak sedap takut bini kecik hati.. terus coverline cakap "peluh peluh" muahahaha πŸ˜‚πŸ˜‚

Guess what? Ya! mee yang i goreng tu PEDAS ya!! pedas yakmat.. naya kat laki i yang tak makan pedas tu... hahahaha.

Memang i perasan pun mee yang i goreng tu pedas. Tapi i buat bodo je. Dengan harapan NJ boleh tahan lah pedas tu. Tapi tanggapan bini u salah Bie! mintak hampon!! hahaha. Ni lah susahnya dapat laki yang tak makan pedas sama tahap [kepedasan] macam bini.. nak masak pun kena kurang-kurangkan pedas... hmmm.

Done cerita pasal mee goreng pedas yakmat πŸ˜‚


Settled kemas dapur, i terus masuk bilik. NJ kat depan tengah tengok bola... i malas nak join. Tiba-tiba NJ WhatsApp [bini kat dalam bilik, laki kat luar.. tapi berWhatsApp.. kau pernah??? πŸ™ˆπŸ˜ƒ] dia ajak pergi Kopi Manshor kat Langat sana. heyyy orang baru nak golek-golek atas katil.. dia ajak keluar pulak. Malas betul nak bersiap. Eh tapi kalau dulu masa muda mudi asal malam minggu je tergedik-gedik nak keluar.. dah tua tua ni malam minggu i lepak atas katil je... mampu??? hahaha.

Ingatkan nak ajak kopi-kopi je.. rupanya dia nak cover balik dinner dia.. tadi kan makan mee pedas nak mati yang bini dia masak tu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ plus dia kata kat sana ada Kopi Mashor.. dari rasa nak golek-golek tadi, dengar kata ada KOPI terus semangat nak pergi. Sebab i pernah suakan hasrat [hasrat sangat 😜] nak minum Kopi Manshor ni.. tapi kat Senawang.. bila kata ada kat Langat pun ada cawangan, pon boleh lah.

Nama tempat tu D'Pallet Place Cafe & Restaurant. Wah nama!! macam hipster.. bila pergi... oooo food court je πŸ˜‚πŸ˜‚


Ni lah dia Kopi Manshor. Pekat likat melimpah. Harga secawan ni boleh tahan nak sama taraf dengan Starbucks. RM8 (hot) secawan ni. RM9 kalau yang sejuk. Mine, i chose yang hot.

Tapi tapiΒ  tapi... bukan nak kritik. For me rasa dia not to coffee. It is more to coco taste.


Gelas tinggi tu pilihan NJ. Kopi Walid Mangga. Harga RM11 boleh tahan harga dia kannn hehehe. Taste? for me pun sama juga. Rasa dia lebih pada coco. Mangga yang dikatakan tu hanya terdapat pada surface air je.. kalau korang nampak atas permukaan air tu ada kaler kuning kuning tu.. tu lah yang dikatakan mangga ya! hahaha. ingatkan dia letak cube cube fresh mango ke.. tapiiiiiiii.. hmmm


Sebagai ganti mee goreng pedas bini dia tadi, NJ pilih set nasi + squid sambal ke apatah + ulam, telur dadar sekeping kecik, salad, tomato. Taste? Pun sendu jugak. Sambal sotong tu tak ada rasa langsung. Dalam aluminium foil tu semata-mataΒ  ada kuah sambal yang cair & sotong je. Patutlah tukang masak dia menung je depan kedai πŸ™‡

I hope kepada peniaga kat luar sana, sila lah upgrade apa yang patut. Kita sebagai pelanggan ni rasa nak marah je bila keluar duit nak makan tapi apa yang kita makan tu tak setimpal dengan duit kita yang keluar. Dah lah dapat bini pun masak mee goreng pedas! order makanan kat luar pulak tazedap.. kau rasa???? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Apa-apa pun, Alhamdulillah. Bukan nak mencaci. Dosa tau! Nabi ada kata jangan menghina makanan. Ingat tu Jah! Bersyukurlah kita seadanya πŸ’“πŸ’œ
↧

Persediaan ke Sekolah 2020

$
0
0
Ni je 4 entry yang dapat I korek cerita-cerita Persediaan Ke Sekolah untuk KhaNish sebelum ni yang pernah i buat.


Gigih mak pegi gali entry atas ni... hahaha. Kebetulan pulak date semalam kitorang keluar date yang sama di hari Christmas tahun 2015 kat entry ni β†’Xmas 2015 ← 

Memandangkan cerita entry ni happened di hari Christmas 2019 & date ni jugak weoll keluar untuk beli barang sekolah budak-budak, boleh lah throwback sekali cerita-cerita dari link kat atas tu.

LOLΒ semua benda nak throwback #MataKeatas πŸ™ŠπŸ˜‚

So, mari mulakan cerita.


Tanpa sedar, budak-budak dah besar panjang dah sekarang. Bila baca balik entry entry link kat atas tu, i be like.... OMG nampak sangat dah perbezaan tumbesaran budak-budak ni dari dulu sampai sekarang. Well... i dengan memories kan berpisah tiada.. every second moment tu sangat penting bagi i.. especially yang melibatkan family. Sebab i suka tengok balik kejadian dari gambar gambar & video video campak belakang... 😁😁😁



Kali ni i pilih Sogo untuk persediaan barang sekolah KhaNish. Kitorang pergi belah petang.. dalam pukul 5+pm macam tu. Oh lupa, belah pagi hari yang sama haritu kitorang pergi Sport Planet Warehouse Sale.. tu nanti i cerita kat entry lain.



Kat tingkat 7 kat Sogo ada hall yang jual barangan back to school. Boleh tahan ramai juga orang.. maklonglah public holiday kannn. Lagi pun dah nak hujung hujung nak buka sekolah ni ramai lah parents yang shopping last minute macam kitorang hehehe.Β 



Untuk KhaNish kitorang tak beli beria pun macam anak baru nak masuk darjah satu.. just ganti sepasang dua baju je.. sebab budak-budak ni kan dah makin meninggi.. baju-baju tahun ni semua dah senteng. Danish beli kasut.. Khairine pulak tak beli kasut sebab kasut dia elok lagi, socks, singlet, spender.. pastu top-up stationeries sikit.



Paling teruja bila jumpa sock brand Garfield si Kucing Gemok favorite i. Dalam satu pack ada 2 helai belikan 1 untuk Khairine 😍


Itu ini, itu ini pun.. total semua lebih RM350 jugak. Tak apa lah setahun sekali.. lagi pun untuk anak anak, Mummy Babah turutkan.. anak pun dua ketul je. Alhamdulillah, ada rejeki untuk diorang. Apa yang Mummy & Babah harapkan, KhaNish belajar lah bersungguh-sungguh sampai berjaya. InshaAllah.



↧

Valet Parking πŸ…Ώ Menara KL Yang Mencemaskan

$
0
0
This is was my experience last week.

Macam tajuk yang i tulis kat atas tu.. I'm not say every time people come & park kat situ semua ada kes mencemaskan. It was my own experience happened to us lepas kitorang anak beranak turun dari KL Tower.


Sebelum i publish cerita pasal luncheon with my family, firstly i nak up dulu cerita pasal valet parking kat Menara KL ni.

Memang plan keluar rumah awal. Sebab tau kat KL Tower parking dia very limited. So kitorang keluar rumah dalam pukul 11.30am walaupun lunch appointment kitorang kat atas tu 1.30pm. Fikir jugak.. karang mana nak take time cari parking, nak queue naik atas tu lagi.

So masa sampai, jammed dia kat situ memang tak boleh bawak meeting punya.. maklonglah weekend kennn.. plus cuti sekolah.. memang berduyun-duyun orang kat sana.. Bila dah dua kali pusing memang tak nampak satu parking pun available. I told to NJ valet je lah kalau dah macam ni punya keadaan.. takut tak sempat je nak naik atas nanti.. sebab dari jauh kitorang dah nampak orang punya ramai queue tunggu lift.


Selesai je lunch, kitorang turun.

RM15 je kalau valet parking. Dah bayar tu kitorang pun tunggu kereta yang dikeluarkan oleh one of the jockey man.Β 

Ada kejadian mencemaskan... korang tengok dulu video kat bawah ni apa jadi.. sheram betul!

Ramai DM i kat IG haritu.. ada yang tak faham kenapa NJ kelam kabut masa tu.. ada yang faham apa yang terjadi dalam video tu. So, i explained to them apa yang terjadi. Nasib baik dengan kepantasan somi i haritu, Alhamdulillah tak ada kejadian yang tak diingini berlaku.. Kalau tidak tak tau lah nak suruh siapa yang bayar ganti rugi. Depan kereta kitorang tu pulak Nissan Murano. Let say if happened.. kau rasa siapa yang perlu bayar ganti rugi tu??????

Cer citer!

Since kat depan tu dah panjang punya jammed, si jockey man yang keluarkan kereta tu stop betul betul kat tempat yang kitorang tunggu.

The time dia berentikan kereta, sebenarnya dia tak tarik handbrake & tak letak gear P.. means it is still in D gear.


Faham tak?Β dia berenti, then dia terus keluar dari kereta tanpa tarik handbrake & tak letak gear P... dah tu... mau tak berjalan sendiri kereta tu??? Hayoooo kurus semangat mak. Nasib baik NJ tangkas stop the car.. urut dada akak dik! #KejapMakKejapAkak muahahaha

Dat time i dah seram..Β Kalau korang perasan nak dekat last video tu, ko tengok muka india tu.. dia boleh sengeh sambil bla macam tu je.Β I pulak laju-laju ke sebelah passenger nak masuk kereta..Β takut NJ bertumbok je dengan india tu.
↧
↧

Back to School 🚸 2020

$
0
0
Selamat Tahun Baru 2020 uolls!! Kalau ingatkan balik kisah Wawasan 2020 masa zaman kecik dulu, mesti terbayangkan zaman tu dah terlalu canggih. Katanya ada kereta terbang, ada macam-macam teknologi canggih, rakyat Malaysia pun totally changed to their good mentality.. eh, macam macam lagi lah. Kat sekolah pun zaman tu mesti wajib nyanyi lagu Wawasan 2020 lepas nyanyi lagu Negaraku & Lagu Sekolah 😍

Tapi itu dulu. Semuanya dah tinggal kenangan. Baru 2 hari di tahun 2020 ni, tak tau lah apa yang menakjubkan. Mungkin juga ada kereta terbang seperti yang dihebohkan selama ni?? πŸ˜‚πŸ˜„ Will see.

Untuk masuk tahun baru ni, i tak nak cerita pasal azam ke, berazam ke, cita-cita tak kesampaian ke, diet ke apa ke semua tu cliche.. semua orang dok sebut benda yang sama. Apa yang i nak tekankan untuk tahun ni is... umur i dah masuk 40.. OMG! 4 series kau Jah??? hahahah. No matter what, yang penting kita perlu tingkatkan ilmu akhirat.. macam peribahasa orang melayu.. Dunia dunia jugak, akhirat jangan lupa😎😎

So, macam mana mak mak, pagi ni? Mesti lagi busy dari bapak bapak kan? Mana nak siapkan anak, nak siapkan breakfast, itu ini semua mak yang paling busy gamaknya. Yang kaum bapak biasanya apa-apa benda pun, tetap cool je hehe.

KhaNish

Pagi tadi nyaris nyaris tak ada gambar Back to School 2020. Masa KhaNish keluar kereta tadi & dah jalan ke pintu masuk sekolah, i jerit kat diorang.. "ei ei ei (sampai dah tak tersebut nama anak sebab takut terlepas moment nak ambik gambar.. punya kalut mak kau πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚) meh sini kejap.. mami nak ambik gambar korang"Β Β dengan muka toya diorang patah balik kat i.. i snap dari dalam kereta je hahahaha. Redho lah anak.. mak kau memang begini πŸ˜‚


Kalau tahun-tahun sebelum ni, i memang akan apply cuti every first day of school open. Start dari tahun i dah tak buat kerja-kerja apply cuti dah. Kenapa? buktinya ada kat gambar atas ni #MataKeAtas

Cuma sekali je haritu masa first day PT3. I apply cuti senyap-senyap.. ingat nak accompany Khairine sampai tempat perhimpunan dia & nak tunggu dia kat kantin sampai time dia rehat.. PUN TAK DAPAT YA! DIA TAK BAGI I TEMAN 😭 terpaksa mak kau jenguk dari luar pagar je hahaha.. cerita tu ada kat entry ni β†’Β Cuti PT3 Tak Jadi ←

Tahun ni get ready PT3 Danish pulak. Tak tau lah mak kau nak apply cuti ke tidak nanti.

Pagi tadi tengok kat FB Memories.. ada few gambar first day budak-budak ni masa kecik. Jom kita throwback gambar-gambar diorang kat sini 😍

πŸ ‹πŸ ‹πŸ ‹






↧

Sport Planet Off Season Sale Kaw Kaw 2019

$
0
0
Last two weeks ago masa hari Christmas haritu NJ sent gambar kat Family WA group.. Sport Planet Warehouse ada buat sale kaw kaw katanya. I be like.. ok, nak ajak i pergi lettew.. i is onz je. NJ pesan.. "Ni nak kena pergi awal pagi. Bukak je trus masuk".. haiyoooo perangai sangat! πŸ˜… Serupa lah bini dia pun (i lah tu) haritu pergi Sometime Reject Sale pun sanggup sampai awal queue panjang-panjang πŸ™ˆ Oh, entry tu belum kesempatan lagi i nak buat. Later lah.

Actually i ni tak berapa nak heran sangat sale sale barangan sports ni. Sebab i tak minat pakai sport shoes. I kan diva.. kena lah pakai stiletto πŸ‘  gitewwww πŸ˜…

Memang ye sungguh kitorang sampai tepat pada masa.. hahaha. The time sampai tu dalam pukul 9.30am rasanya. Naik je escalator, nampak kedai tu baru nak angkat roller shutter kedai hahahaha. Kalau korang tak caya korang tengok kat dalam video kat bawah nanti.


Datang awal dapat lah apa yang nak gi grab. Sebab haritu NJ share banyak gambar-gambar kasut yang ada kat warehouse sale tu. Rasanya gambar-gambar tu dia cilok dah FB kot.. hahaha.

Hasil jaringan pagi tu 6 pasang kasut, bag sekolah KhaNish seorang 1, ada lah few items lagi.Β 

Pilihan NJ


Pilihan Ms. K dua pasang ni

I punya pun dua pasang jugak.. tiberrrrr tadi cakap tak suka pakai sport shoes.. sekali kau beli 2 pasang jugekkk.. booo!! Bukan apa Bedah! memang muroh.. sebat je lah hahaha.

Danish haritu belikan dia sepasang je. Sebab haritu dia tak ikut. Ada futsal tournament pagi tu. Apak dia VC je dari kedai sambil dia kat padang. Lepas tu belikan dia bag Reebok satu untuk bag sekolah dia.


↧

Lunch πŸ₯˜ Kopitan Classic, Cheras

$
0
0
A day after cuti Christmas haritu tak silap hari Khamis kot.. kitorang pergi lunch kat Kopitan Classic, Cheras

Sebab depan dengan office kitorang.. Plus tempat ni pot baru lah untuk kitorang kalau nak datang lunch. Tu pun haritu I lalu area ni, masa kat traffic light, terpandang kedai nama Kopitan Classic.. betul-betul kat hujung corner shoplot kat Taman Maluri.

Suggest dengan β€œGroup Fuhh BAWANG” semua kata ONZ je. As usual kennn. Group kitorang ni kalau bab makan makan memang lajuuuuuu πŸƒ πŸƒΒ 


Lunch hour kitorang keluar pergi JJCM. Dari luar nampak menyelerakan.

Interior pun cantik.. look cool & cozy πŸ‘πŸΌΒ 

Jom kita try order.. tengok macam mana pergi dia.. sedap ke tidok??? πŸ˜‰

Ini Dimsum.. teringat makan kat Hatyai haritu. disebabkan teringat, mari order. Yang kaler putih ni nama dia Prawn Siew Mai RM5.00 (3pcs). Kaler oren sana tu nama dia Otak-otak (otak kau πŸ˜‚) Siew Mai RM4.50 (3pcs).

Spicy Creamy Chicken with Butter RM13.50 pilihan tekak Ibu.

I, Fieza & Saida order menu yang sama. Lunch value set Kopitan Fried with Fish Fillet come with drink.. ice lemon tea. Siapa yang kebulor tengah2 hari rembang, boleh choose nasi ni. Portion gia giler banyak. Dalam timbunan nasi ni ada fish fillet. Sedap banget dong.. nampak macam bodo bodo je kennnn!

Kak Zie order Lunch set value juga.. tapi Hainan Chicken Rice.. pun come with drink.. ice lemon tea.

Β Few choices untuk lunch menu in set

Pilihan Dimsum

Thai milk tea tarik ni tak sempat order hari.. might be next time.

Masa kitorang datang lunch kat sini, i saja la tanya kat abang cashier tu.. berapa lama dah kedai ni? dia kata baru 3 bulan. Oh ok, no wonder nampak serba serbi semua baru.

KOPITAN CLASSIC CHERAS
74, Jalan Jejaka 9
Maluri, Cheras
03-9226 6949
↧

New Year Eve Last Lunch πŸ₯˜ Kami di Johnny's Steamboat

$
0
0
Apa lagi kerja kitorang ni kalau tak MAKAN MAKAN MAKAN MAKAN DAN MAKAN sokmo.. πŸ˜‚πŸ˜‚ Siapa kitorang tu?? siapa lagi kalau bukan Gang "Fuh BAWANG" (my office-mate).

Kalau tak kerana MAKAN jugak, kitorang tak sampai ke HATYAI bersama-sama hanya kerana nak MAKAN hihi.

31 December haritu management bagi half day.. office tutup awal... decided pergi makan makan dengan gang "Fuh BAWANG" mula-mula planned nak makan kat The Dim Sum Place kedai Sheila Rusly tu.. pastu fikir-fikir balik tu KIV dulu lah.. sebab sebelum ni kitorang ada sebut-sebut nak pegi makan kat Johnny's Steamboat.. so, mari kita capaikan hajat ke Johnny's Steamboat dulu sebelum kita ke The Dimsum Place πŸ˜€

#FuhBawangMakanMakan

Bermula episod main masak masak πŸ˜‹


Fieza, Kak Zie, Ibu June, Me & Saida



Siapa yang snap gambar & video kitorang? Miss K yang tolong mak dia & the gang ni yang snapkan picture.. dia pun join sekali petang tu. Thank you Khairine 😍

Haritu ada member office tanya..
Uoll pergi makan-makan ni office sponsor ke? atau claim back?? EH HELLO! MOHON MAHAP SKET YE.. NI SEMUA BAYAR SENDIRI.. KITORANG TONG TONG DUIT OK! TAK ADA SIAPA NAK SPONSOR. sila hadam ayat i ni! πŸ˜πŸ˜‚

Bukan apa Bedah.. mostly diorang ni mulut jahat... selalu tengok kitorang selalu keluar makan-makan sesama, mulalah ingat boss sponsor ke, boleh claim balik ke, company bayar ke..Β Jelly lettew #MataKeAtas

You watch out ok!!
↧
↧

Pengaruh Social Media - SENDUK

$
0
0
Ada je cerita cerita lain yang tersadai dalam draft tu.. tapi cerita cerita tu semua memerlukan sel-sel otak i ni untuk berhubung. Mostly cerita cerita berat arr.. berat?? berat macam mana tu Jah? alaaa cerita cerita biasa je.. cuma membabitkan memories, gambar yang perlu diedit dan di watermark je. Paling letih nak mikior ayat apa nak dicharutkan. Kalau ikut malas, aku campak je gambar dalam 1 entry.. tapi sebab nak kan memory tu tertanam dalam blog ni, sis gigih untuk peram dulu cerita cerita tu dalam draft then baru kita buat karangan panjang-panjang berdasarkan gambar πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ni tadi tengah dok belek belek shoppe, tiba-tiba pulak sel otak ni laju je berhubung nak buat cerita simple.

Tajuk kita harini ialah SENDUK ya Senah!

Ni semua pengaruh social media. I ni suka tengok instafamous memasak kat IG. Ada one day tu i nampak that instafamous review pasal SENDUK.. terus i berkenan dengan senduk yang dia review tu. I pun mintak NJ belanja πŸ™Š tapi i tak beli kat IG yang sponsor tu.. i beli kat shopee. Sebab kat Shopee muroh sikit harga dia. Kualiti pun sama.

Β 

Kemain typo terang terangan disitu πŸ˜… bukanΒ 120csΒ ya! nak tulisΒ 12pcs sebenarnyaπŸ˜†Β 

Hebat sangat ke SENDUK tu sampai kena buat entry pasal beli SENDUK?

Tak lah hebat mana pun.. kan dah kata kat tajuk atas tu.. "pengaruh social media"πŸ™ˆπŸ˜† meh i tunjuk sikit rupa senduk yang i order tu macam mana πŸ ‹πŸ ‹πŸ ‹

Β Mint Green

Β Black

Pink
Light Green


My choice!! i beli kaler ni.. LIGHT GREEN

Niat hati nak pakai bila rumah baru siap nanti.. tapi macam lama je lagi.. 2 tahun lagi oiii rumah baru siap!! hahaha. Concept "office" (dapur) kat rumah baru tu pun i tak fikir lagi nak kaler concept apa nanti. So, mari kita rasmikan penggunaan SENDUK ni dulu ya!

Setakat i tulis entry ni, i belum guna lagi SENDUK baru tu hehehe. Bak kata NJ "bila masa u masak?" ya lah i tau i jarang masak.. tapi dengan kehadiran KAK SENDUK baru ni, inshaAllah i akan cuba push diri i untuk selalu kedapur ya Encik Somi... hehehe
↧

Craving πŸ₯˜ Dim Sum

$
0
0
Korang kalau tulis blog, korang suka tak baca balik apa yang korang dah tulis kat blog? Kalau tanya i, i memang baca balik.. especially enty2 lama.. i suka baca balik apa yang i dah tulis dalam blog ni, kadang bila baca tu kerut kerut muka, pastu monolog sendiri "poyo betul tulisan aku dulu dulu" muahahaha.

Ni sebab terbaca balik entry sendiri lah ni.. entry pergi Hatyai makan kat Chabura Dimsum haritu. Terus craving nak makan dimsum.

Cakap kat NJ, "bie, jom pergi Hatyai.. i nak makan dim sum" pastu dia DEYYYY kan aku! hahaha. NJ kata "Dey! kat KL pun ada Dim Sum" terus i pancing dia dengan soklan "Bila nak pergi?" dia kata "balik kerja pun boleh" terjadinya makan dimsum balik kerja Selasa lepas πŸ™†πŸ˜

Our table

Dry Noodle with BBQ Chicken. Ni pilihan NJ. Dia tak pandai makan Dim Sum, so dia makan je mee ni sebagai melayan tekak bini dia yang craving Dim Sum haritu hehehe.

Golden Salted Egg Bao. Ini yang zedap!. korang tengok kat video kat bawah entry ni nanti.. i makan Bao ni sampai terpancutttttt πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Β Fried Foo Chok Rolls.

Salted Egg Mai

Fried Fish Balls

Mulanya banyak terfikir nak pergi Dolly Dim Sum atau Dim Sum Place kedai Sheila Rusly tu. Bila fikir balik.. baik i pergi yang kat Mohd Chan ni je. Sebab kalau ikutkan tekak, somi & anak2 i kureng sikit makan dim sum.. diorang tu semua kg.com hahaha. Amboiii sedap je ngutuk.. padahal diri sendiri pun baru second time pandai makan dim sum LOL

Bukan apa nok! kalau pergi Dolly atau Dim Sum Place tu, baik pergi beramai-ramai. Boleh order banyak-banyak boleh rasa banyak jenis. Ni karang kalau i pergi anak beranak i je.. order banyak-banyak, pastu tak habis. like i said... tekak diorang bukan reti makan dimsum. So, better i plan with my friends, boleh pergi makan kat Dolly atau kedai Sheila Rusly tu.. baru berbaloi.

Makan kat Mohd Chan ni pun dah cukup lah untuk melayan tekak craving ni.. ok what???!! πŸ˜‰


Ok dah, tu je nak cerita. Korang kalau nak pergi makan dim sum yang simple simple, pergi lah kat Mytown.




↧

Breakfast πŸ₯˜ Kak La Nasi Berlauk, Gombak

$
0
0

Dah lama nak try makan kat kedai Kak La ni. Ada pagi bila haritu NJ ajak keluar breakfast dekat Gombak, memang kitorang selalu makan kat kedai kat Gombak tu since Arwah my mom ada lagi. Sebab roti canai dia sedap. Kitorang panggil kedai tu kedai roti canai kampung. Yang buat roti canai tu orang lama (melayu) memang sedap. Kuah dia pun sedap. So, memang dah jadi favorite place kalau nak makan roti canai sedap ala-ala roti canai kampung.. gitu!

Sampai je kedai roti canai kampung, tengok kedai tu tutup pulak… hmmm. Terus blur tak tau nak kemana cari breakfast. i suggest kat NJ ok ke kalau makan makanan Kelantan? Ingat nak pergi Klate Kitchen.. tiba-tiba I teringat Kedai Kak La yang I selalu tengok dalam FB yang orang share. So, why not ke sana kennnn.

Kedai ni dalam Kawasan kampung tau. masa mula-mula masuk simpang Kampung Padang Balang tu, terus waze. Masuk ke dalammmmmmm nau kedai Kak La ni.

Nasi dagang gulai ayam, NJ punya


nasi dagang gulai ikan tongkol, pilihan i


Nasi kerabu daging goreng untuk Khairine

Varieties of lauk, nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk πŸ˜‹πŸ₯˜

Lots of kuih.. i rasa semua ni orang consign je kot.. but ok, still have much choices.. menarik πŸ‘


Korang kalau nak pergi makan makanan klate dalam suasana kampung, try la makan kat Kedai Kak La.

Address:
51100, 653, Jalan Kampung Padang Balang, Sentul
53000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waze: Kak La Nasi Berlauk

Open everyday: 7.30am - 3pm


↧
Viewing all 581 articles
Browse latest View live